BOOK REVIEW : Kekok by Akif Basri

 Assalamualaikum hai semua!๐Ÿ’—

Harini jom bedah buku Kekok, by Akif Basri.


Front Page

Synopsis




What Did I Get From This Book?

  • Kita semua tidak dilahirkan sudah pandai berkomunikasi. Kita tidak dilahirkan sudah tahu bagaimana hendak mendengar, bila hendak bercakap, bila tidak perlu bercakap, apa yang perlu diperkatakan, dan apa yang tidak perlu diperkatakan.
  • 1) Pengenalan

"Keberadaan kita bersama seseorang, walaupun tanpa lisan, boleh membuatkan individu iu rasa tidak keseorangan. Keberadaan itu lebih penting daripada respons yang betul dan sempurna."
  • 2) Berkomunikasi secara berhadapan



    INGAT DUA PERKARA INI:
      1. Usah Takut dengan Kesilapan
      Proses menjadi pendengar yang baik itu ialah proses pembelajaran yang berpanjangan, dan dalam tempoh itu, kita pasti berbuat silap.

      2. Usah Membebani Diri Melebihi Kemampuan
      Kita berhak mendahulukan diri sendiri. Ini kerana kita sendiri perlu berada dalam satu tahap emosi yang stabil dan akal yang waras ketika hendak membantu orang lain.
      g

      • 3) berkomunikasi di alam maya
      INGAT!
      1. Bidang psikologi siber masih dikira baru, belum matang, dan memerlukan lebih banyak kajian. Tidak banyak sumber yang boleh dirujuk mengenai kajian saintifik dalam bidang ini.
      2. Menjadi pendengar alam maya membawa cabaran yang berbeza kerana banyak kekangan dan isu. Walaupun ramai ahli terapi memilih untuk jumpa secara berhadapan berbanding menjalankan sesi atas talian, dalam situasi yang sangat membataskan seperti pandemik COVID-19, komunikasi atas talian menjadi sangat penting.
      3. Peranan "empati, bukan simpati" dan "keberadaan, bukan kesempurnaan" masih perlu dimainkan ketika berada di dunia siber, tetapi dengan lebih cabaran kerana komunikasi ini tidak melibatkan bahasa badan.
      4. Konsep komunikasi bulatan dalaman dan bulatan luaran masih diaplikasi untuk komunikasi alam maya, namun dengan definisi berbeza.
      5. Bulatan dalaman merujuk kepada komunikasi atas talian bersama orang yang kita kenal dan pernah bersemuka dengannya, tidak kira sama ada kita rapat atau tidak dengannya.
      6. Bulatan luaran pula merujuk kepada komunikasi dengan orang yang tidak dikenali di alam realiti.


      EMPATI DI ALAM SIBER

      1. Perjalanan mencapai persefahaman antara si peluah dan si pendengar boleh diterangkan melalui konsep Jendela Johari (The Johari Window) yang dibahagikan kepada empat bahagian:
      • Jendela Terbuka : Bentuk komunikasi yang telah difahami oleh kedua- dua belah pihak.
      • Titik Buta : Bentuk komunikasi yang tidak disedari diri sendiri, tetapi disedari oleh orang lain.
      • Jendela Rahsia : Bentuk komunikasi yang disedari diri sendiri, tetapi tidak disedari orang lain.
      • Jendela Tidak Diketahui : Bentuk komunikasi yang tidak diketahui oleh kedua- dua belah pihak.
      2. Proses mencari titik persefahaman melalui komunikasi alam maya memerlukan kedua-dua belah pihak berusaha memahami gaya bahasa siber masing-masing, dan berubah daripada Jendela Tidak Diketahui kepada Jendela Terbuka.




      PSIKOLOGI DI SEBALIK GHOSTING
      1. Ghosting merupakan salah satu cara penghindaran, iaitu apabila seseorang yang rapat dengan kita menghentikan semua bentuk komunikasi dengan kita serta merta secara tiba-tiba, terutamanya di alam maya.
      2. Orang yang ghosting tidak berani atau tidak sanggup berhadapan untuk mengatakan secara jelas bahawa dia hendak menamatkan hubungan, lalu memilih jalan yang mudah iaitu menghilangkan diri. Hal ini disebabkan dia tidak suka dan tidak selesa dengan emosi dalam perhubungan intim.
      3. Walaupun individu yang ditinggalkan cenderung menyalahkan diri, kesalahan sebenar adalah pada orang yang melakukan ghosting.
      4. Untuk mengelakkan perlakuan ghosting, seseorang perlu melatih diri dengan komunikasi asertif iaitu keupayaan untuk menyampaikan isi hati dan pemikiran dengan penuh jujur dan menghormati orang lain.
      5. Ada keadaan yang memboleh seorang individu melakukan ghosting iaitu dalam perhubungan yang toksik melibatkan penderaan, buli, dan lain-lain.



      3 FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANG UNTUK MENJADI PENDENGAR KEPADA ORANG YANG TIDAK DIKENALI

      1. Masalah manusia kompleks, tiada penyelesaian segera 
      Apabila seseorang meluahkan masalah kepada kita di alam maya, kita perlu ingat supaya tidak terus memberi nasihat atau penyelesaian. Hal ini kerana sebenarnya kita masih belum faham konteks permasalahan itu secara meluas dan mendalam. Respons yang paling adil dan selamat ialah ucapan terima kasih dan saranan supaya mendapatkan bantuan yang betul.
      2. Had perhubungan
      Sekiranya kita memilih untuk membantu seseorang di alam maya, perkara yang perlu difikirkan ialah had hubungan kita dengannya. Kita tidak tahu sama ada dia lelaki atau perempuan, berkahwin atau bujang. Apabila seseorang itu meluahkan perasaannya, tidak mustahil akan timbulnya perasaan lain yang melibatkan rasa suka, sayang, dan mungkin juga perasaan cinta.
      3. Identiti maya vs identiti sebenar
      Identiti maya seseorang mungkin berbeza sama sekali dengan dengan identiti sebenarnya. Identiti maya ada kebaikan, tetapi keburukannya juga sangat banyak. Oleh sebab itu, kita tidak boleh terus mempercayai identiti maya yang dipaparkan oleh
      seseorang.

      Book Review + Rating

      Buku ilmiah yang sangat bermanfaat terutamanya bagi mereka yang kurang pengalaman bagaimana untuk mendengar, memahami dan memberi respons kepada rakan kita apabila mereka meluah (very me)๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜…. Min habis baca buku ni kurang dari 24 jam sebab buku tak terlalu 'dense' dengan maklumat. Penulis menggunakan bahasa yang sangat mudah difahami iaitu bahasa Melayu. Walaupun min tidaklah berapa minat bab-bab psikologi, tetapi skill ini penting untuk membolehkan kita berkomunikasi dengan lebih baik. So, Min bagi 7.5/10 untuk buku ni! Happy reading gais, highly recommended๐Ÿ‘.




      Comments