Assalamualaikum Wbt readers😄! Semoga kalian sihat wal'afiat di samping keluarga tercinta!💖 Harini saya nak review buku Erti Beragama Yang Hilang by Hasrizal abdul Jamil terbitan Iman publication.
Synopsis
Jika beragama itu baik, mengapa ada orang beragama yang berperangai sebaliknya?
Ada yang melazimi ibadah, tetapi suka menzalimi dan menindas orang lain.
Ada yang rajin membaca al-quran, tetapi menerima rasuah dan saling bermusuh apabila tidak sefahaman.
***
Tidak dapat dinafikan, kehidupan dan tingkah laku seseorang banyak didorong oleh kefahamannya terhadap agama. jika benar kefahaman tersebut, maka akan benarlah juga kehidupan dan tingkah lakunya.
Andai kita memperbaiki cara kita memahami agama, kita ibarat memperelok kehidupan kita secara seluruhnya.
Melalui buku erti beragama yang hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil menjelaskan sudut-sudut agama yang sering dilupakan dan disalahfahami. Antaranya perkaitan akidah dan ibadah dengan kehidupan, acuan akhlak, juga isu perhubungan sesama manusia, agar kita dapat melalui kehidupan di dunia dengan baik sekali gus mengecapi kenikmatan hidup yang abadi di akhirat kelak.
What did I get from this book?
إِنَّ الَّذِينَ عِندَ الله الْإِسْلَامُ
"Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah ialah Islam." (Surah Ali Imran: 19)
هُوَ سَمَّكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِن قَبْلُ وَفِي هَذَا
"Dialah yang menamakan kamu itu sebagai Muslim, dulu dan sekarang." (Surah al-Hajj: 78)
- Jangan bertanya tanpa tujuan
يَتأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَسْتَلُواْ عَنْ أَشْيَاءَ إِن تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu."
(Surah al-Maidah: 101)
Tanyalah soalan dengan tujuan yang jelas, seperti untuk mencari kefahaman terhadap iman kita kepada Allah SWT, memahami dengan jelas erti Islam yang diberikan kepada kita, dan menyelami kualiti ihsan yang diletakkan sebagai kemuncak ibadah kita kepada-Nya.
Kita perlu semak kembali amalan harian kita. Kita sememangnya sangat saintifik dalam kerja-kerja seharian. Kita tidak akan percaya sesuatu melainkan ada bukti.
Kalau pensyarah mengatakan Teori Evolusi ada sedikit kebenaran, kita akan terus meminta bukti. Namun mengapa dalam agama, kita tidak begitu pula?
Kita menjadi orang yang paling saintifik dalam pekerjaan, tetapi paling cuai dalam agama.
"Ketika kami duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang sangat putih pakaiannya dan sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda perjalanan jauh dan tidak ada seorang pun antara kami yang mengenalinya.
Sehinggalah dia duduk di hadapan Nabi SAW lalu merapatkan kedua lututnya kepada lutut Baginda, lalu berkata, "Wahai Muhammad, ceritakan kepadaku tentang Islam." Sabda Rasulullah SAW, "Islam adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad ialah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadan dan menunaikan haji jika mampu." Kemudian dia berkata, "Anda berkata benar." Kami hairan, dia yang bertanya, dia pula yang membenarkan.
Kemudian dia bertanya lagi, "Ceritakan kepadaku tentang iman." Lalu Baginda bersabda, "Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul- rasul-Nya, hari akhirat dan engkau beriman kepada takdir yang baik atau yang buruk." Kemudian dia berkata, "Anda
berkata benar."
Kemudian dia berkata lagi, "Beritahukan kepadaku tentang ihsan." Lalu Baginda bersabda, "Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya, maka Dia melihat engkau."
Kemudian dia berkata, "Beritahukan kepadaku tentang hari kiamat (bila ia akan berlaku)." Baginda bersabda, "Yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang bertanya." Dia berkata, "Ceritakan kepadaku tentang tanda- tandanya." Baginda bersabda, "Jika seorang hamba melahirkan tuannya, dan jika engkau melihat pengembala kambing yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan miskin, (kemudian) berlumba-lumba meninggikan bangunannya."
Kemudian orang itu berlalu dan aku (Umar RA) membisu beberapa ketika. Kemudian Baginda bertanya, "Wahai Umar, tahukah engkau siapa yang bertanya itu?" Aku berkata, "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda bersabda, "Dialah Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan agama kamu."(Riwayat Muslim)
- "Mulakan jalan mencari Allah SWT dengan mengenal diri, mengenal pasti kelebihan dan kelemahan yang ada. Gunakan kelebihan untuk berbakti kepada manusia, dan gunakan kelemahan untuk bergantung pada Allah SWT. Jangan kita jadi orang yang merasakan diri tidak perlu kepada Allah SWT."
- Kepercayaan mengubah perbuatan
Contohnya, apabila para guru percaya mereka ialah guru-guru terbaik, cara mengajar mereka menjadi berbeza. Apabila para pelajar percaya bahawa mereka ialah pelajar-pelajar terbaik, maka cara mereka belajar juga berbeza.
- Kelebihan Dan Kekurangan Manusia
Untuk mengenal kelebihan, kita perlu buat yang terbaik dalam setiap perbuatan. Apabila kita melakukan yang terbaik, kita akan cepat mengenal mana tempat yang berpotensi, dan mana tempat yang kita tidak berpotensi. Namun jika dibuat ala kadar, kita sendiri tidak akan tahu di mana kita paling berpotensi.
Apabila kita dizalimi, jiwa kita akan menuntut untuk diberikan pengadilan. Apabila susah, kita mengharapkan ada kesenangan. Apakah semua ini? Ia mekanisme yg Allah SWT berikan kpd setiap org utk 'mencari'. Oleh itu, Allah SWT memperkenalkan diri-Nya dgn 99 nama.
Orang yg dizalimi, Allah SWT memperkenalkan diri-Nya sbg al-'Adl, yang Maha Adil.
Orang yg sempit rezeki hidup, Allah SWT memperkenalkan diri-Nya sbg ar-Razzaq.
Membaca Al-Quran
"Matlamat ibadah bukan hanya sekadar menyempurnakan perbuatan fizikal, tetapi juga harus berkesan dalam memproses jiwa kita."
Tidak mungkin ada org yg boleh berzina dlm keadaan dia sedar akan kebersamaan Allah SWT dlm kehidupannya.
وَلَا تَقْرَبُوا الزِنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu ialah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). "
(Surah al-Isra': 32)
Jika kita terjebak dalam perbuatan sebegini, implikasi pertama yang akan berlaku kepada kita adalah pada solat. Allah SWT akan cabut rasa kemanisan dalam solat.
Bagaimanakah proses ibadah dalam Islam berfungsi untuk menghasilkan akhlak? Dalam ibadah, ada dua komponen yang penting iaitu:
1. Fokus
2. Pengulangan
"Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka berkatalah yang baik atau diam."
(Riwayat al-Bukhari)
- Budaya dungu bernama Prank
"Jika kamu tidak malu, buatlah apa sahaja yang kamu mahu."
(Riwayat al-Bukhari)
- Ketika Muhajirin yang datang ke Madinah dalam keadaan sehelai sepinggang, golongan Ansar memberikan kehidupan baru kepada mereka. Bahkan orang Ansar yang mempunyai lebih daripada seorang isteri bersedia menceraikan isteri mereka supaya boleh berkahwin dengan golongan Muhajirin.
وَالَّذِينَ تَبَوَّهُ و الدَّارَ وَالْإِيمَنَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا خَصَاصَةٌ أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ، فَأُوْلَابِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
"Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya." (Surah al-Hasyr: 9)
- Takwa ialah komitmen kita kepada peraturan Allah SWT, iaitu syari'atullah dan sunnatullah. Rumah tangga yang dibina atas dasar takwa mestilah menjaga kedua-dua aspek tersebut.
Memelihara syari'atullah dalam rumah tangga adalah dengan memelihara soal halal dan haram dalam ibadah, muamalat, munakahat dan seluruh aspek kehidupan berpasangan dan berumah tangga.
- "Mendidik manusia ialah suatu seni yang memerlukan ketekunan dan kesabaran, seperti air yang melekukkan batu. Tugas ini suatu pekerjaan halus yang menuntut konsistensi dan kesabaran yang maha tinggi."
- Hadis Masa Depan Umat Islam
"Nu'man bin Basyir mengatakan, "Suatu ketika, kami duduk-duduk di Masjid Nabi SAW. Tiba-tiba, Abu Tha'labah al-Khasyani lantas berkata, "Wahai Basyir bin Sa'd, kamu hafal atau tidak hadis Nabi berkaitan dengan kepimpinan (al-umara)?"
Huzaifah lantas menjawab, "Aku menghafal ucapan Nabi SAW itu."
Abu Tha'labah terus duduk lalu Huzaifah menceritakan, "Nabi SAW bersabda: Zaman kenabian (nubuwwah) akan berlangsung ke atas kalian untuk satu tempoh sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah akan mengangkatnya (menamatkannya) sekiranya Dia mahu. Kemudian akan berlaku zaman khilafah atas manhaj kenabian (khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah) untuk satu tempoh sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah akan mengangkatnya (menamatkannya) sekiranya Dia mahu. Kemudian akan berlaku zaman raja yang menggigit (mulukan 'addan) untuk satu tempoh sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah akan mengangkatnya (menamatkannya) sekiranya Dia mahu Kemudian akan berlaku zaman diktator (mulukan jabrian - pemaksaan ke atas orang lain) untuk satu tempoh sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah akan mengangkatnya (menamatkannya) sekiranya Dia mahu. Kemudian akan berlaku zaman khilafah di atas manhaj kenabian (khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), kemudian Baginda senyap.""
(Riwayat Ahmad)
- Jalan keluar bagi umat yang bertakwa
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بلغ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
"Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan- Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukup baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
(Surah at-Talaq: 2-3)
- Masa depan sememangnya milik Islam. Soalnya, adakah kita mahu menjadi sebahagian drpnya?
Kita mencari ilmu, supaya dengan ilmu itu kita ada panduan untuk membuat pilihan dalam kehidupan. Bersyukurlah kita mempunyai mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, dan akal fikiran untuk memahami.
أَفَرَءَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ، هَوَلَهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ، وَقَلْبِهِ، وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ، غِشَاوَةٌ فَمَن يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
"Adakah engkau tidak melihat perihalnya orang yang bertuhankan hawa nafsunya sendiri? Lantas kerana itu Allah sesatkan dia walaupun dalam keadaan dia itu berilmu pengetahuan. Juga diadakan penutup ke atas pendengaran dan hatinya, serta dihalang penglihatannya. Maka siapakah lagi yang mampu memberi petunjuk kepadanya selepas Allah? Mengapakah kamu tidak beringat-ingat?"
(Surah al-Jathiyah: 23)
Keupayaan mengawal diri itu ialah jihad besar yang sesungguhnya menentukan sama ada kita hidup bermakna dan mati mulia, atau mensesiakan kewujudan diri demi memuaskan kemahuan kepada sesuatu yang fana.
Book rating + Review
9/10 sangat recommended terutamanya yang suka baca buku ilmiah non-fiction. Tak sabar rasanya nak baca buku 'seni berfikir yang hilang' karya penulis yang sama. Macam yang korang baca kat atas, banyak input yang saya dapat. Dan semestinya jika dikaji lebih dalam ada banyak lagi isi tersirat dalam buku tu. Saya paling suka kisah pembukaan kota konstantinopel, janji rasulullah tertunai and bila baca tu woahh! Berdiri bulu roma and rasa lebih bersemangat. Sungguh hebat Sultan Muhammad Al-Fatih dan tenteranya! Cepat grab that book and read now!
Comments
Post a Comment