Book Review - Seni Berfikir Yang Hilang by Hasrizal Abdul Jamil
Assalamualaikum readers! 💕 semoga sihat di samping keluarga tercinta!
Harini, min nak review buku dari ustaz Hasrizal yang bertajuk 'Seni Berfikir Yang Hilang' 😁
Synopsis
What did I get from the book?
- Sebagai manusia, kita tidak boleh lari daripada asas dakwah. Dan melaksanakan kerja dakwah itulah yang menjadikan kita mulia.
- 3 bekalan dakwah - iman, akhlak, ilmu
- 6 cabang ilmu
- Ilmu agama (Al-Thaqafah Al-Diniyyah)
- Ilmu sejarah (Al-Thaqafah Al-Tarikhiyyah)
- Ilmu sastera dan Bahasa (Al-Thaqafah al-adabiyyah wa al-lughawiyyah)
- Ilmu kemanusiaan (Al-Thaqafah Al-insaniyyah)
- Ilmu sains (Al-Thaqafah al-'ilmiyyah)
- Ilmu hal ehwal semasa (Al-Thaqafah Al-Waqi'iyyah)
- Ilmu agama (Al-Thaqafah Al-Diniyyah)
➤ Al-Quran
➤ Al-Sunnah
➤ Fiqh & Usul Fiqh
➤ Akidah
➤ Tasawuf
➤ Sistem-sistem Islam (Al-Nizam Al-Islami)
↪ Sama ada kita saintis, sejarawan atau apa sahaja profesionnya, harus sentiasa beringat bahawa Al-Quran adalah wahyu. Perlu ada rasa hormat yang tinggi. Al-Quran ialah kalam Allah SWT!
- Ilmu sejarah (Al-Thaqafah Al-Tarikhiyyah)
↪ Sejarah meluaskan horizon
↪ Pemegang PhD, boleh jadi pengikut ajaran sesat. Memang tidak masuk akal, sebab orang buat keputusan bukan atas dasar logik akal, sebaliknya emosi. Dengan sebab itu, ajaran sesat tersebar. Begitu haus orang mencari ketenangan, walhal yang sebenarnya itu kesesatan.
↪ Kita tidak layak untuk mengambil sikap asalkan ada dalam buku maka ia betul belaka. Itu sikap yang beracun, maka tinggalkanlah.
↪Syeikh Yusuf Al-Qaradawi mengingatkan, apabila membaca kitab sejarah, bukan semua perkara dalam kitab itu benar. Sebaliknya kita perlu menyaringnya dengan disiplin ilmu. Salah satunya adalah dengan membaca muka surat pendahuluan. Dalam kitab Tarikh Al-Tabari, Ibn Jarir Al-Tabari sudah menyebut bahawa pembaca akan menjumpai riwayat yang bercanggah antara satu sama lain. Maka kajilah rantaian sanadnya untuk mengetahui mana sumber yang benar dan mana sumber yang tidak benar. Maka, berhati-hatilah ketika membaca buku sejarah!
- Ilmu sastera dan Bahasa (Al-Thaqafah al-adabiyyah wa al-lughawiyyah)
↪ You cannot be a historian yet if you cannot be someone who have a good access to knowledge. Kuncinya ialah bahasa.
↪ Fungsi bahasa
- representasional - mendeskripsikan apa yang kita fikir , jangan guna 'bljr' tulis belajar
- ideasional - menjelaskan asosiasi kita dengan identiti yang sama
- Ilmu kemanusiaan (Al-Thaqafah Al-insaniyyah) human science/ social sciences/ humanities
➤ Ilmu al-nafs (ilmu jiwa/ psikologi)
➤ Ilmu al-ijtima (ilmu sosiologi/ kemasyarakatan)
➤ Ilmu al-iqtisad (ilmu ekonomi)
➤ Ilmu al-falsafah (ilmu falsafah)
➤ Ilmu al-akhlaq (ilmu akhlak) etika/ adab
➤ Ilmu sejarah (macam sebelum ni, so tak perlu ulang)
↪ cogito, ergo sum ⇨ I think, therefore, I am.一Rene Descartes
↪ Freud, Mark weber ⇦ Yahudi, Idea-idea mereka bentuk Neo-israiliyyat, perlu berhati-hati
→ Mengambil ilmu seperti makan ikan buntal
↪ Sains sosial ini penting dan banyak faedah. Walau bagaimanapun, ia juga beracun dan kita perlu pandai mengasingkan racunnya.
↪ Listen to the specialist. Jangan memandai-mandai.
↪ Dalam berfalsafah, jangan lupa kita ini beragama!
→ Psikologi popular
↪ Buku Men from Mars, Women from Venus
↪ How to win friends and influence people 一Dale Carniege
↪ The Return to religion 一Henry C. Link
↪ "Manusia yang beragama dan sering berkunjung ke rumah ibadat mempunyai peribadi yang lebih kuat dan baik, berbanding orang yang tidak beragama dan tidak melakukan apa-apa ritual ibadah."
↪ Orang yang belajar media, mereka tahu bagaimana peraturan mudah yang perlu dipatuhi apabila membuat sesebuah iklan iaitu show don't tell.
قُلْ إِنَّمَا أَعِظُكُم بِوَاحِدَةٍ أَن تَقُومُوا لِلَّهِ مَثْنَى وَفُرَدَى ثُمَّ تَتَفَكَّرُواْ مَا بِصَاحِبِكُم مِّن جِنَّةً إِنْ هُوَ إِلَّا نَذِيرٌ لَّكُم بَيْنَ يَدَيْ عَذَابٍ شَدِيدٍ
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaran-Ku)". Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat)" (Surah Saba': 46)
↪ Kita dituntut menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Allah SWT untuk mencapai kebenaran.
→Metode Khalifah
↪ Kita ini sebenarnya 'bercakap' di dalam diri kita. Jadi 'inner speech' itu perlu dipositifkan.
↪ B. F. Skinner dan teori-teorinya ⇦ Teori itu sangat berisiko, kerana ia boleh mengubah personaliti seseorang seperti mana yang kita mahukan.
↪ ***learn more about Prof. Muhammad Al-Mahdi
↪ ***40 Strategi pendidikan Rasulullah SAW
→Psikologi ⇨Kaji manusia secara individu
→Sosiologi ⇨ Kaji manusia secara kolektif/ Jamai'i.
→Perang
↪Fizikal
↪ghazwah fikriah/ pemikiran
↪ "Manusia tidak akan membangun tamadun selagi mana mereka berkelakuan seperti orang Badwi.一Ibn Khaldun
↪ Sifat orang Badwi ⇨ Menerima/ mengambil semata-mata, tetapi tidak mahu memberi.
↪ Islamic society (buku yang berkaitan dengan sosiologi) ⇨ Maulana Dr. Waffie Mohammad
↪ Ilmu falsafah mengukuhkan kefahaman tentang pemikiran dan falsafah umat semasa serta boleh membuktikan kelemahan ideologi rekaan manusia sendiri dalam mengingkap al-ghaibiyyat selain daripada memanfaatkan hikmah yang terkandung dalam idea-idea asing.
- Ilmu sains (Al-Thaqafah al-'ilmiyyah)
Peraturan Allah SWT terbahagi kepada dua;
- Peraturan yang diajar kepada kita melalui wahyu- Nya, revealed knowledge. Kita sebut sebagai syariat Allah SWT. Syari'atullah.
- Satu lagi kelompok peraturan Allah SWT tidak kita temukan melalui jalan wahyu, tetapi Allah SWT beritahu melalui penciptaan alam. Apabila dianalisa, kita akan dapati alam tersebut mematuhi peraturan yang tetap (fixed). la dinamakan, required knowledge. Sunnatullah.
Kenapa perlu belajar ilmu sains? Contohnya fizik, kimia, biologi dan matematik?
Dalam buku ini penulis memberi contoh Pak Haji dan Ah Chong. Pak Haji merupakan seorang muslim yang soleh. Rajin solat jemaah di masjid, sedekah semua benda baik lah dia buat. Manakala Ah Chong tidak beragama dan pendosa. Semua dosa di bumi dia pernah buat, zina, rokok, arak, judi nak tulis semua tak larat haaha. Jadi, suatu hari Pak Haji dan Ah Chong mahu mengusahakan ladang jagung. Pak Haji memilih lokasi paling suci iaitu berdekatan dengan masjid, dapat dengar azan selalu dan menghadap arah kiblat. Pada waktu pagi beliau seperti biasa menunaikan solat subuh di masjid, membaca Al-Quran dan zikir mathurat. Kemudiannya, selesai beribadah beliau pergi menanam benih jagung, dihambur di tanah, dipijak-pijak dan kemudiannya disiram. Sesudah itu beliau balik untuk menunaikan solat Zohor. Sebaliknya cerita Ah Chong, beliau memilih lokasi yang paling haram iaitu berdekatan dengan kandang khinzir. Selepas selesai bermaksiat pada waktu pagi, beliau memilih benih jagung yang terbaik & berkualiti yang ada di pasaran. Beliau menanam benih tersebut mengikut manual dengan sangat teliti dengan mengambil kira jarak batas antara satu sama lain, kedalaman biji benih dari permukaan dan kuantiti air untuk disiram. Setelah siap, beliau menyambung maksiat pagi tadi.
Setelah 3 bulan berlalu tanaman siapakah memberi hasil yang baik? Sudah semestinya tanaman Ah Chong biarpun diri dia bergelumang dosa. Walaupun Allah SWT yang berkuasa menumbuhkan tumbuhan, aspek sunatullah iaitu sains pertanian perlu dipatuhi. Pak Haji memenuhi syariatullah iaitu beribadah namun beliau membelakangkan aspek sunatullah. Tak boleh juga.
Syariatullah dan sunatullah perlu seiringan. Contohnya, Pak Haji sudah insaf dan beliau juga menanam benih jagung mengikut manual. Kini Ah Chong dan Pak Haji kedua-duanya ada hasil 50 kg buah jagung. Secara kuantitatifnya sama tetapi kualitatifnya tidak sama. kenapa? Ah Chong menggunakan duit jualan jagung tersebut untuk berjudi, membeli arak dan rokok. Maka, tidak ada barakah dalam perniagaannya. Hidupnya penuh masalah seperti kalah judi, konflik keluarga dan penyakit sana-sini. Tetap tidak bahagia. Bagaimana pula dengan Pak Haji? Beliau gunakan duit tersebut untuk keluarganya, sedekah di masjid dan beri makan anak yatim. Maka, ada barakah (infinity of goodness) dalam perniagaan Pak Haji. Hidupnya tenang dan bahagia.
- Ilmu hal ehwal semasa (Al-Thaqafah Al-Waqi'iyyah)
Get the required knowledge, to understand the current affairs.
Muslim hari ini perlu memahami hal-hal berikut:
- Realiti dunia Islam.
- Realiti kuasa dunia yang menentang Islam.
- Realiti agama-agama dunia semasa.
- Realiti ideologi politik semasa.
- Realiti gerakan-gerakan Islam sedunia.
- Realiti aliran pemikiran yang bertentangan dengan Islam.
- Realiti kumpulan yang menyimpang daripada Islam.
- Realiti persekitaran domestik.
Ambil tahulah berita dan isu-isu semasa, supaya kita tahu kita sedang hidup dalam dunia yang bagaimana coraknya. Pengetahuan inilah yang akan menjadi bekalan ilmu bagi seorang pendakwah dalam menentukan strategi dan pendekatan bagi relung-relung dakwah yang diceburinya.
Review
Min berjaya habiskan buku ni kurang dari 24 jam, kalau fokus betul-betul boleh jadi bawah 3 jam hehe. Buku yang buat aku berfikir dan membuka minda aku pasal realiti umat Islam zaman ni. Tenat dek perang pemikiran dari orang kafir. Hiburan berleluasa sampaikan kita lalai dengan tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ini. Anyway buku Ustaz Hasrizal selalu buat aku bersyukur yang aku baca buku ni, like at least once in my life. Min nak sambung PhD juga insya-Allah pastu adela contoh yang beliau utarakan tentang individu ada PhD namun boleh pula terikut ajaran sesat. Semoga dijauhkan. Ilmu sepatutnya lebih menundukkan dan mengenalkan kita kepada Allah, bukan sebaliknya. So, banyak lagi min nak tulis tapi intinya dah ada so this book highly recommended!😊
Comments
Post a Comment