BOOK REVIEW : Seperti Air Yang Mengalir by Pahrol Mohamad Juoi

 Assalamualaikum readers!❤ Lama saya tak update sebab busy dengan student life😪.

Buku kalini sangat special sebab  saya dapat buku ni daripada seorang kenalan yang saya baru pertama kali jumpa di alam nyata, yelah sebelum ni chat maya saja. Terkejut sebab dia pernah study luar negara, sangat menginspirasikan kerana saya tahu belajar degree di luar negara bukanlah perkara yang mudah.

Anyway, let's jump right into the book!

Front Page

source: google

Synopsis

Kisah-kisah yang baik dan mengesankan itu seperti air - ia akan sentiasa mengalir, mencari kolam-kolam nurani untuk diisi. Lalu bagaikan air juga, ia membersihkan, menyucikan dan menjernihkan lembah-lembah jiwa.

Usah jadikan hati seperti air yang bertakung - diamnya mengumpul kotoran dan pegunnya mengundang penyakit.

Seperti Air yang Mengalir membawa cerita-cerita dari masa silam, juga mengandungi catatan-catatan yang penuh makna yang apabila dibaca, ia seperti mendengar bunyi air, menenangkan.

Ada banyak iktibar yang boleh diambil dan diamalkan dalam kehidupan, bila kita membacanya dengan hati yang terbuka.

Jadilah seperti air terus mengalir dan memberi manfaat kepada seluruh manusia di bumi.

What I Got From This Book?

  • Semakin tawaduk seseorang itu, semakin banyak ilmu yang bakal dimiliki dan diwarisinya.
  • Jangan kesal jika kita tersalah pada masa lampau. Melakukan kesalahan dan kesilapan adalah bukti yang kita masih manusia. Oleh itu, sebaik sahaja kita meraih pengajaran daripadanya, lupakanlah dan tumpukan pandangan ke arah masa hadapan. He who does not look ahead remains behind. Belajarlah melepaskan. Hidup ini bukan sahaja memerlukan seni untuk menggengam, tetapi juga kearifan untuk melepaskan.
  • Jika masa silam kita suram, jangan biarkan kisah sedih itu menyengat kita dua kali.
  • Jangan pula berbangga jika kita berada dalam kebenaran. Sungguh tidak ada jaminan bahawa kita akan terus berada dalam kebenaran sepanjang hayat.
  • "Dosa yang menyebabkan engkau menangis adalah lebih baik daripada kebaikkan yang menimbulkan rasa takbur."
  • Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukanlah beban buat kehidupan di dunia, jauh sekali untuk kehidupan di akhrirat sana. Mereka bukan 'liabiliti', tetapii sebenarnya ialah aset untuk kita(walaupun istilah ini sebenarnya kurang ataupun tidak tepat, kerana ibu bapa bukan benda). Rugi betul sesiapa sahaja yang mempunyai ibu bapa yang telah tua, tetapi mengabaikannya.
  • Memberi kepada ibu bapa hakikatnya sama seperti memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita pada saat itu, tetapi percayalah, rezeki yang berganda akan pulang semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka akan menjadi kenyataan. Kasih mereka berkekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah SAW keredaan Allah SWT itu terletak kepada keredaan ibu bapa.
  • Apa guna risau-risau. Nanti sakit. Bila sakit, apa guna harta dan wang. Hari ini gua mahu senaman. Nanti gua mahu jumpa gua punya bini dan anak dengan badan kuat dan sihat. Kalau lu susah hati.. tak nak makan, tak nak tidur, lu akan sakit. Kalau sakit satu sen pun tak ada guna.
ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌۭ قَالُوٓا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
  • Maksud : "Kami milik Allah SWT, dan kepada Allah SWT akan kami dikembalikan." (surah al-Baqarah : 154)
  • Antara syarat untuk terbang ke daerah yang tinggi adalah dengan melepaskan dunia dan manusia yang membelenggu sayapmu.
  • Betapa ramai orang yang telah bercita-cita untuk merubah diri ke arah positif, tetapi digagalkan oleh individu di sekelilingnya yang masih negatif.
  • Imam syafie berpesan, "Ketika hatimu berharap kepada seseorang, maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahawa Allah SWT sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Kemudian,  Allah SWT menghalangimu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya.
  • Kegagalan itu adalah apabila kamu cuba memuaskan hati semua orang.
  • Hendak seribu jalan, tidak hendak seribu alasan. Jika kita sentiasa mencari alasan untuk tidak memberi, percayalah jawatan kita sebagai khalifah seolah-olah sudah dilucutkan. Hakikatnya, kita tidak layak lagi untuk kekal sebagai penghuni muka bumi ini, kerana Allah SWT mencipta kita untuk menjadi khalifah. Ketika itu, harta, kuasa, masa, tenaga, senyuman, kata-kata, malah doa sekalipun , semua yang ada pada kita tidak berguna lagi, kerana kita sudah tidak memiliki hati! 
  • Jika sayang akan diri, maka baikilah diri. Jika sayang akan orang lain, serulah mereka ke arah kebaikan dengan kasih sayang.
  • Kehidupan di dunia ini sangat singkat. Amatlah rugi jika dalam waktu yang sangat terhad ini kita penuhi dengan dosa dan maksiat, sehingga terpaksa menanggung azab yang maha dahsyat di akhirat kelak.
  • Cita-cita yang besar akan mengecilkan masalah. Jika setiap masalah dirasakan besar, itu petanda cita-citamu yang kecil.
  • Mana mungkin syurga yang mahal itu boleh dibeli dengan ujian-ujian yang kecil? Oleh yang demikian, kita harus positif ketika menghadapi ujian-ujian yang berat dalam hidup kerana itu petanda bahawa kita telah mempunyai cita-cita yang besar. Jangan berundur. Jangan takut. Katakanlah kepada diri, "Ujian besar ini masih kecil jika dibandingkan dengan cita-citaku untuk menghuni syurga Firdaus." Sebaliknya, jika satu ujian itu dirasakan terlalu besar dan berat, maka kita harus bermuhasabah. Mungkin cita-cita kita masih kecil!
  • Untuk berjaya, tirulah sifat orang yang yang berjaya. Beristighfar bukan sahaja mengundang keampunan Allah SWT, tetapi juga menggamit datangnya limpahan rezeki. Apakah yang membolehkan kita untuk sentiasa beristighfar? Jawapannya mudah, rasakanlah diri itu berdosa!  ada rasa berdosa, barulah timbul keinginan untuk mendapat keampunan daripada Allah SWT. 
  • Kebencian dan kemarahan kita terhadap seseorang akan menyeksa diri kita sendiri berbanding dengan orang yang kita marah dan benci.
  • Tuhan tidak menyuruh kita bergantung kepada nasib, Dia menyuruh kita berazam, merancang dan berusaha!
  • Orang yang berjaya bertindak mengikut tiga cara dalam menangani masalah. Pertama, menerima hakikat masalah itu. Kedua, bertindak mencari beberapa penyelesaian dengan segera. Ketiga, memilih yang terbaik antara penyelesaian yang ada lalu terus bekerja untuk melaksanakannya.
  • Bagaimanakah caranya untuk menukar masalah menjadi satu peluang? Langkah pertama adalah dengan berfikiran positif. Bersangka baik dahulu. Masalah didatangkan oleh Allah SWT bukan untuk menyusahkan, tetapi untuk menguji kita agar menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Masalah datang daripada Allah SWT. Apa-apa yang datang daripada Allah SWT tu semuanya baik-baik belaka. Apabila rasa ini ada dalam diri, kita akan menjadi lebih tenang untuk menerima dan menganalisis masalah itu. Jangan ada sindrom penafian atau sikap memberontak terhadap ujian. Persoalan seperti "Mengapa aku yang diuji?" harus dicegah daripada awal Jika ini yang ada dalam diri, nescaya kita tidak akan nampak punca dan cara menyelesaikan masalah itu. Setelah hati kita terbuka untuk menerima hakikat yang kita sedang diuji, barulah kita mampu mencari punca masalah tersebut. Adakah masalah itu disebabkan oleh faktor luar atau dalam diri kita sendiri? Adakah masalah itu berbentuk sementara atau sesuatu yang terpaksa dihadapi dalam tempoh yang lama? Adakah masalah itu berpunca daripada unsur material atau bersifat mental dan spiritual? 
  • Hadapi ketakutan, capai impian yang besar. Fokus kepada perkara yang dapat dikawal. labelkan kejayaan pada setiap ketakutan yang telah  diatasi. Tingkatkan keimanan, kurangkan ketakutan.
  • Apa itu Dunia? - Dunia ialah semua perkara yang tidak ada manfaat untuk akhirat.
  • Tuhan telah menyediakan rezeki untuk burung, tetapi ia perlu terbang untuk mendapatkannya.
  • Orang tenang akan menang. Orang tenang akan mudah seronok menghadapi apa jua situasi, akan mudah gembira bertemu siapa sahaja. Seperti ungkapan bahasa Inggeris, "All is well."
  • Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, sama ada yang baik atau buruk, itu ialah satu pelajaran yang menuntut perubahan. Ubahlah diri anda selalu, ke arah yang baik, malah lebih baik dan cemerlang daripada sebelumnya. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi. Oleh itu, belajarlah secara berterusan dan berubahlah secara berterusan.
  • Saat terlintasnya niat di hati hendak berdoa, waktu itu, Allah SWT sudah bersiap sedia untuk memperkenankannya!
  • Pada Allah SWT terletaknya segala kesempurnaan. Hanya pada-Nyalah ada segala kekuatan, kekayaan, kebijaksanaan, keadilan, keampunan, pembelaan dan apa-apa yang diharapkan manusia. Manusia pula sebaliknya, mempunyai sifat kelemahan dan serba kekurangan. Oleh itu untuk berjaya, bahagia dan tenang dalam menghadapi kehidupan, manusia perlu bergantung kepada Allah SWT. Bukan kepada dirinya sendiri.
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
  • Terjemahannya: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang- orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina." (Surah Ghafir: 60)
  • "Allah SWT murka jika engkau tidak memohon kepada-Nya. Sebaliknya, manusia murka apabila kau sering minta kepadanya."
  • Janganlah berdoa dalam keadaan terlalu mendesak dan memaksa Allah SWT untuk diperkenankan doanya. Itu bukan sifat seorang hamba yang baik. Untuk mengatasi sikap ini, tanamkanlah ke dalam jiwa satu keyakinan bahawa nikmat yang telah Allah SWT berikan adalah lebih banyak dan lebih bernilai daripada apa-apa yang sedang kita minta dalam doa kita itu.
  • Benarlah kata Sayidina Ali r.a., "Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun."
  • Tegasnya, manusia mempunyai 3 kekuatan: Kekuatan jiwa, Kekuatan akal, Kekuatan perasaan
  • Pendekatan mengubah manusia tidak boleh bergantung semata-mata kepada input-input berbentuk maklumat sahaja seperti memberi kuliah, perbincangan dan muzakarah. Perlunya penggabungan pelbagai cara untuk menghiburkan dan menyentuh perasaan.
اللَّهُمَّ انْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي وَعَلَّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي وَزِدْنِي عِلْمًا
  • Terjemahannya: "Ya Allah! Jadikan apa yang telah kau ajarkan kepadaku bermanfaat, ajari aku apa yang bermanfaat dan tambahkan buatku ilmu.
  • Jika wujud rasa "megah" apabila berjaya belajar di pusat-pusat pendidikan tinggi, fikirkanlah semula yang ilmu kita, jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang Allah SWT miliki, nilainya cuma sekelumit. Ilmu kita tidak sampai setitis air sekalipun apabila dibandingkan dengan lautan ilmu Allah SWT yang maha luas.
  • Ya, kita ingin meniru orang yang benar-benar baik, namun orang yang baik, terutamanya akhir zaman ini, umpama intan yang terbenam di perut bumi. Kita perlukan pandangan yang tajam untuk mengenali perbezaan antara kilauan kaca dengan gemerlapan intan. Kita juga perlukan kesungguhan yang tinggi untuk meneladaninya.
  • Nasrani dan Yahudi ialah musuh Islam yang tidak layak dijadikan idola, jauh sekali role model buat para remaja.Role model atau dalam bahasa Arabnya, qudwah hasanah, ialah ikutan baik yang perlu ada dalam kehidupan kita. Oleh itu, Nabi Muhammad SAW dididik sendiri oleh Allah SWT untuk menjadi qudwah hasanah yang utama dalam hidup orang Islam. Baginda ialah terjemahan al-Quran dalam bentuk praktikal.
  • Dunia idola ialah dunia fantasi yang bukan boleh dijadikan ikutan, tetapi hanya sesuai untuk dikhayalkan. Lihatlah betapa ramai penghibur yang tidak terhibur dalam hidupnya.
  • Bertuahlah anda jika mendapat ibu bapa dan guru yang merangkap sebagai role model yang baik dalam hidup. Namun sudah menjadi sunnahtullah, yakni law of nature, bahawa yang berharga itu sukar ditemui dan dimiliki, manakala yang murah akan bersepah di mana-mana. Umpama kaca dan permata - kaca mudah didapati, tetapi permata cukup payah sekali.
  • Jika anda ingin berjaya, anda mestilah sanggup berkorban, rela bersusah payah untuk mengikut jejak role model yang baik. Jika sekadar hendak memuja meminati orang yang cantik dan ternama itu mudah sekali. Perjalanan untuk menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW yang sebenar bukanlah mudah.
  • Keyakinan diri ini amat penting untuk berjaya. Hidup sering diumpamakan dengan satu perjalanan dan diri sendirilah pemandu perjalanan itu. Maksudnya, dalam "kenderaan" hidup kita, kitalah pemandunya, bukan orang lain. Sebagai seorang pemandu, kita mesti mempunyal keyakinan diri yang tinggi. Kita tidak boleh teragak-agak, ragu-ragu atau berasa serba salah dalam menjalani hidup ini. Jika kita sering terganggu dengan anasir sedemikian, maka besar kemungkinan kita akan lambat sampai, sesat jalan ataupun mengalami kemalangan.
  • Tuhan menjadikan setiap manusia untuk memikul dua misi atau peranan. Pertama sebagai hamba-Nya dan kedua sebagai khalifah-Nya. Setiap seorang daripada kita ialah "wakil Allah SWT" untuk mentadbir muka bumi ini. Oleh sebab itu, setiap manusia diciptakan dengan keunikan yang berbeza, walaupun sama-sama memikul amanah sebagai wakil Allah SWT. Sungguh, kita ada kelebihan tersendiri untuk menjalankan peranan ini dalam bidang atau tugasan tertentu.
  • Sejajar dengan hakikat itu, seseorang yang tidak yakin diri sebenarnya bukan sahaja menganiaya dirinya sendiri, tetapi Tuhan yang menciptakannya juga. Dia seolah-olah memandang rendah terhadap kebijaksanaan, kebaikan dan kasih sayang Allah SWT. Dia menilai dirinya rendah, sedangkan Allah SWT telah memberikan keupayaan dan kemampuan yang tinggi kepadanya.
  • Saya ingin tegaskan bahawa secara semula jadinya, tidak ada manusia dilahirkan bodoh; mereka cuma diberi kebijaksanaan berbeza. Mungkin salah seorang kawan anda lebih bijak dalam bidang akademik, manakala anda pula bijak dalam kemahiran teknikal. Tidak mengapa jika anda bodoh dalam bidangnya, tetapi yang lebih penting anda bijak dalam bidang anda sendiri. Begitu juga tidak ada manusia yang dilahirkan hodoh; masing-masing mempunyai kecantikan tersendiri.
  • Jangan sekali-kali mengharap keadaan berubah tanpa mengubah diri anda. Itu hanya akan mengecewakan anda. Misalnya, hati anda berbisik kalaulah pencapaian akademik aku tinggi, tentunya keyakinan diriku akan meningkat. Anda salah! Sebenarnya, jika anda meningkatkan keyakinan diri, barulah pencapaian akademik anda meningkat. Jadilah yang terbaik mengikut ukuran anda. Dengan itu, status, peranan dan pencapaian anda juga akan meningkat secara beransur-ansur, insya-Allah.
  • Percayalah, tindakan kita untuk menghadapi ketakutan dalam hidup akan memutuskan rantal- rantai yang membelenggu kemajuan kita dalam penjara ketakutan itu. Putuskan rantai itu dengan bertindak supaya ketakutan yang sama tidak akan kita hadapi berulang-ulang dalam episod demi episod hidup yang terus mendatang.

Review

    Buku ni sarat dengan pengajaran. Sesuai sangat untuk mereka yang sukakan kata-kata hikmah dan bagi motivasi camtuu.. Lagi-lagi student di luar sana. (yang bekerja or parents pun ok) Yela, kita sekarang berada di dunia akhir zaman. Di sana sini maksiat berlaku. Kerap dan sangat menyedihkan. Semoga kita dijauhkan daripada terikut-ikut dengan trend yang jelas menentang hukum Allah. 

Selain itu, penulis banyak selitkan kisah dan pengalaman beliau sendiri untuk memberikan contoh yang mudah difahami buat pembaca. That's why penulisan beliau mudah menyentuh hati saya.

Nak satu sem juga aku habiskan buku ni. Yalah busy kan. Faham-fahamlah. Tapi kalau tak busy konfem kurang dari sehari mat aku dapat habiskan. HAHA .Berlagak dia. Bukan apa, priority tu.. Alhamdulillah, dah lepas pun satu sem tu.. 7 more sem to go. Doakan saya dapat 4.00 every sem..Insya-Allah!!! So ayuh jadi hamba dan khalifah Allah yang function! Rajinkan diri join perkara-perkara yang bermanfaat! Aku bagi buku ni 9/10 💕 So good!

Comments