BOOK REVIEW : Biar Sembuh Luka Semalam by Aidil Ghazali
Assalamualaikum, hi readers! Alhamdulillah, masih diberi semangat untuk menulis blog walaupun takde orang yang baca. HSHHSHHS. Aku harap satu hari nanti, entry aku dibaca orang and manfaatnya sampai, insya-Allah.
Lama juga tak update blog, yalah tahun baru 2024 and Alhamdulillah saya banyak disibukkan dengan perkara yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat.💕
Let's go right into the book!
Front Page
Synopsis
"Setiap orang ada sebab dan alasan masing-masing. Seteruk mana pun kesalahan yang dibuat, semua orang berhak diberi peluang kedua."
Satu keputusan yang dibuat oleh Nita mengakibatkan ayahnya lumpuh seumur hidup. Sejak itu, Nita enggan memutuskan apa-apa. Urusan bisnes Bakeri Jalan Tlung bulat bulat diserahkan kepada pembantu, walaupun dialah pemilik bakeri. Sekecil-kecil urusan pun membuatkan Nita teragak-agak.
Nita, gadis lincah dan pemberani langsung berubah penakut.
Tanpa sedar, sikapnya mengundang satu per satu masalah. Bakeri merugi. Pekerja pula membuat onar. Lebih membingungkan apabila sebuah bakeri baharu yang gah muncul sebagai pesaing.
Ketika semakin buntu, Haris, seorang cef pastri dan Perancis cuba menawarkan bantuan. Kemunculannya memberi sinar harapan kepada Bakeri Jalan Tiung. Namun tidak pada Nita, kerana kepulangan Haris hanya menoreh luka lama.
Semakin dia cuba menghindar, semakin itulah dia harus memutuskan. Sehinggalah dia tersedar bahawa kesilapan bukan untuk ditakuti, tetapi didepani dengan berani.
What did I get from the book
- Hasil pilihan yang kita buat itu baik atau buruk? Terima sajalah. Yang penting, sikap kita. Kita belajar atau tak? Kita ambil iktibar atau tak? kita faham atau tak?
- "Akan datang, bila terpaksa buat keputusan yang sama, kita dah faham nak buat apa, tahu cara mengawal keadaan, sebab kita dah ada pengalaman yang mematangkan. Kalau berkali-kali berdepan perkara sama tapi masih silap, masih degil nak juga masuk lubang biawak, maknanya kitalah yang bodoh sebab tak pernah belajar daripada kesilapan."
- Inilah sebab kenapa Nita menggemari buku. Hanya buku yang memberikan izin kepadanya masuk ke dalam dunia orang lain bagi menerima padah atas kesilapan atau mengambil faedah daripada kebaikan yang dilalui wataknya
- Tidak ada keputusan yang sempurna dalam hidup. Pilihan yang kita ambil pasti akan datang dengan beban yang tidak dijangka. Pada setiap keputusan besar, pasti akan ada kesilapan kecil. Ia lumrah. Kita perlu belajar mengurus akibat dan menerima apa-apa jua hasilnya. Jika hasilnya baik, terimalah dengan syukur. Jika hasilnya buruk, terimalah dengan lapang dada.
Review
Dah lama habis baca buku ni. Tapi harini baru sempat nak review. Buku yang sangat simple actually untuk dibaca. Best and sesuai untuk mereka yang suka bakeri / makanan / france / susah nak buat keputusan . Yang tak minat semua tu macam aku pun boleh go haha.
Watak utama which is Nita seorang pengusaha kedai bakeri, and thats why kisah yang diceritakan banyak berlatarkan kedai bakeri lah. Itu yang buat cerita ni bagi aku agak unik. Berdasarkan tajuk pun kita boleh jangka kisah dia kan jadi macam mana. Mungkin kita pernah melalui momen yang pernah dilalui watak utama. Contoh kita dah buat pilihan tapi pilihan tu nampaknya tak tepat. Bahkan mengundang banyak masalah and sampai buat kita salahkan diri sendiri or even worse. So, sesuailah untuk kita ambil iktibar and renungkan. Enjoy reading this book. Tak sampai sehari pun aku habiskan buku ni. Dalam 3 jam gitu hahah. so 8/10!
Last but not least, tiada siapa pilih untuk jatuh, tetapi kita boleh pilih untuk bangun. Jangan hanyut dengan kisah lampau. Maafkan diri and bangkit dengan lebih kuat!
Comments
Post a Comment