BOOK REVIEW : Amukan Manusia Ciptaan - Projek Athena by Syeraho

Assalamualaikum HI!!!💖 AHHAHA malam  yang tenang so jom review buku!

Front Page


Synopsis

"Jangan kalah dengan diri kau, Athena!"

Setelah misi menyelamatkan isteri presiden yang diculik menemui kegagalan, negara Erudayn gempar pula dengan berita pembunuhan presiden dan serangan android pengganas. Rentetan tragedi itu membuatkan Athena merasakan kewujudannya sebagai manusia ciptaan adalah penyebab utama.

"Kau hanyalah manusia ciptaan yang mengecewakan!"

Keadaan semakin genting apabila Athena tiba-tiba bertukar menjadi makhluk bengis yang tidak mampu dikawal. Orang-orang yang dia ingin lindungi kini menjauhinya. Bahkan, pasukan Inteligen Khas merancang untuk menangkapnya. Athena semakin tersepit, benarkah dia seorang pelindung, atau sebenarnya raksasa?

Emily yang sering muncul dalam mimpinya buat Athena sedar bahawa pertempuran kali ini bukan hanya tentang mengalahkan kejahatan luaran, tetapi melawan musuh dalaman yang tersembunyi - dendam dalam diri manusia, dan ketakutan dalam diri sendiri!

What Did I get From This Book?

  • "Percaya diri kau sendiri, Joseph. Ketakutan yang sebenarnya membutakan kita daripada membuat kepurusan yang betul," Ramai orang melakukan kesilapan bukan kerana kelemahan mereka, tetapi kerana kebanyakan masanya takut dan tidak mempercayai diri sendiri.
  • Tetapi kebaikan tidak pernah gagal memberi kesan pada hati manusia. Meskipun sedikit. Meskipun lambat. Tiada siapa yang tidak tersentuh dengan kebaikan.

Review

    Buku ni agak tebal dalam 489 muka surat. Nak dua hari juga kot aku habiskan. Dari synopsis pun boleh tahu novel ni akan ada banyak adegan aksi. Jujur aku cakap aku bukanlah peminat novel action lagi-lagi malay sebab penulis akan tulis sedetail yang mungkin babak tu. Tapi lepas baca buku ni aku jadi suka. HAAHHA. Sebab jalan cerita yang agak saspens buat kita nak and nak lagi baca. 

    Actually novel Projek Athena ni ada 3 siri and ini yang ketiga. Aku tak baca siri 1 and 2 but aku still faham and enjoy je baca yang siri 3 terus. Kenapa aku pilih buku ni dekat library in the first place yela sebab aku student yang ada kaitan dengan teknologi kan so aku berminat lah. But ended up tak banyak pun dia cerita on how Athena or we call neo-manusia ni dicipta, just secara umumnya sahaja. HAHAH nothing more to expect lah.

    Tak tahu nak ulas apa sebab takut aku kasi spoil cerita dia. Cuma Athena which is watak utama, dia unlock lah kekuatan yang selama ni dia tak pernah pun guna which mengangakan😦 semua musuh and thats the part yang aku suka gila. Macam kelebihan tu kita gunakan ke arah yang betul. But don't forget to kawal kuasa tu sebab dia boleh beri padah kepada orang sekeliling and especially diri sendiri. Kejahatan tu takkan kekal lama. Dia akan hilang. Kebaikkan akan kekal.

Buku ni ana bagi 8/10! 

Comments