BOOK REVIEW : Arkitek Jalanan by Teme Abdullah
Assalamualaikum hi readers! Lama dah tak update blog ni, sorry😆
Harini min nak review satu buku terbitan Iman Publication. Besides, ni buku pertama yang aku baca karya Teme Abdullah.
Front page
Synopsis
What did I get From This Book?
- Semua kejayaan bermula dengan angan-angan. Tiada angan-angan yang mustahil selagi kau tak definisikan ia mustahil. Gerak saja. Usaha saja. Kalau ada yang kata kau tak mampu berjaya, kau gelak saja. Semat dalam hati korang, "Kau tunggu...one day, aku akan buktikan perkara yang mustahil ini akan berjaya aku capai."
- Antara pengalaman indah bergelar perantau di negara yang terletak jauh di utara hemisfera bumi ini ialah dapat melihat dan mengalami sendiri pertukaran musim.
- Dia bersyukur kerana Allah jadikan dia seorang pemuda yang membosankan. Tidak seperti pemuda-pemuda lain yang baginya lebih cool. Teme tidak minat untuk berfesyen jika tidak ada keperluan. Penuntut ilmu, buatlah cara penuntut ilmu.
- First class degree with honours merupakan peringkat tertinggi dalam klasifikasi ijazah. Berikut merupakan tahapan klasifikasi ijazah di universiti tempat Teme dan Ahmad mengaji,
2. Upper second class degree with honours (2.1).
3. Lower second class degree with honours (2.2).
4. Third class degree with honours (3rd).
5. General degree (Pass).
- "Inilah perangai 'orang kita. Kalau orang tak buat, kita tak ikut. Suka ikut orang, tak pernah fikir untuk jadi berani dan buktikan kita boleh. Sampaikan kita perlu jadikan slogan 'Malaysia Boleh' sebagai slogan rasmi kerana kita terlampau rasa diri kita inferior dan TAK BOLEH. Kita selalu cakap sesuatu itu mustahil kerana tak pernah ada orang lakukan sebelumnya."
- "Baguslah kau melukis mencari duit kat sini. Tapi alangkah bagusnya kalau kau fokus pada pelajaran sepenuhnya. Parents kau bertungkus-lumus untuk kau. Parents kau nak yang terbaik untuk kau. Mereka hantar kau belajar jauh-jauh. Kalau kau tak tumpukan perhatian, lepas tu kena repeat, kau akan menyusahkan parents kau."
- "Mana ada dia kata parents dia biaya. Dia kata dia private student saja. Sembang tu agak-agak sikit. Dia kerja untuk terus biaya pelajaran kat sini. Bukan macam kau, duit scholar masuk terus beli iPhone, GoPro, tiket melancong sana sini. Tu baru first year. Mulut tu jaga bro. Kau suka nasihat sangat kan? Ni aku pula nak nasihat kau. Dalam nak menasihati orang ni, biarlah kita kenal orang tu dulu. Ini tidak, kau main nasihat saja. Bajet baguslah macam tu?"
- Kalau kau putus asa dalam berusaha, sampai bila-bila kau takkan mahir. When you're about to give up to learn or master something, remember, everything that is now easy for you was once super tough in the beginning."
- "Inilah usaha kita untuk create impact. Menuntut ilmu. Kita perjuangkan ilmu. Mana mungkin orang Islam boleh menang dengan hanya berperang tanpa ilmu. Kononnya nak berperang melawan musuh, sedangkan jet pejuang dan senjata yang digunakan itu pun keluaran musuh. Tiada pun orang Islam yang mampu hasilkan kereta kebal moden berteknologi tinggi dengan keupayaan sendiri. Semuanya dibeli daripada orang lain."
- Apakah sama tarafnya seorang yang berharta dan didermakan sebahagian jika dibandingkan dengan seorang miskin yang tidak punya apa-apa melainkan 2 keping syiling, lalu didermakan kesemuanya? Nilai sesuatu amal itu bukanlah pada kuantiti, tetapi pada kualiti sesuatu ibadah.
- Teme berasa bersalah kerana telah menganggap amalnya akan bertambah nilainya dengan bertambahnya kuantiti hartanya. Dia berasa bersalah kerana secara tidak langsung dia telah menghakimi orang yang sikit dermanya itu kurang kualitinya. Allah menegurnya terus melalui seorang tua. Berbaju jubah kemas, namun jiwa Teme tidak sekuat lelaki tua yang berpakaian lusuh itu. Dia kalah.
- "Bila kau yakin yang tiada daya dan tiada upaya melainkan daripada Allah, bukan hanya ucapan di mulut saja macam kebanyakan orang, maka Allah akan turunkan keajaiban-Nya kepada hamba. Akan berlakulah perkara luar biasa yang orang kata kita tak mampu buat, tapi akhirnya kita boleh lakukannya. Tak semestinya dengan kudrat kita. Kadangkala, Allah gerakkan hati sesiapa sahaja untuk menolong."
- "Sebenarnya Mad, perkara yang kita rasa kekurangan pada diri kita tu boleh jadi perkara yang baik untuk kita. Bergantung kepada kita untuk menilai pemberian Allah tu dari sudut mana."
- Mad, kalau hidup ni tak bermakna, baik kita tak payah hidup. Mati saja terus. Tapi kenapa Allah kasi kita hidup juga? Dia nak suruh kita buat yang terbaik, makmurkan dunia ni, Dia nak uji kita. Kita kejar akhirat, dunia ni jambatan kita. Memanglah kita menuju ke penghujung jambatan kita iaitu akhirat. Tapi kalau kita tak lakukan yang terbaik dan tergelincir, boleh jatuh jambatan kan? Kan dah sia-sia?"
- "Itulah ibaratnya kehidupan kita. Jika tumpuan kita tu didedikasikan sepenuhnya kepada akhirat, ujian-ujian di dunia ni kita lalui tanpa rasa apa-apa. Duri yang kita pijak tak menghalang kita bergerak. Sejuk yang kita tak tahan, tak membekukan darah semangat. Kita hanya rasa sakit apabila kita berhenti kejar akhirat dan fokus kepada struggle di dunia. Kita tak boleh berhenti. Kita kena terus berlari. One day, the pain and hardships will make sense to us. Just don't give up."
- Teme teringat kembali azamnya untuk menamatkan pembelajaran dengan ijazah kelas pertama. Telah jauh dia berjalan. Sudah terlalu banyak yang dia tempuhi. Adalah satu keputusan sementung untuk dia mengaku kalah dan bermain- main sekarang. Masa masih ada. Walaupun ia suntuk, masa masih ada.
- You're allowed to cry, You're allowed to squeeze your head, You're allowed to feel exhausted and rest for a while, But don't stop. Don't give up. Keep moving...
- "The most certain way to succeed is to try just one more time. Janganlah sebab satu kekecewaan kau terus give up on everything."
- "Allah bagi kau berlambak-lambak kelebihan yang orang lain tak kecapi di usia muda macam kau! Kau dah tulis buku. lukisan kau dijual merata dunia, kau boleh support belajar sendiri kat UK weh! Bila kau jatuh dan rasa tak boleh bangun semula, Allah angkat kau! Saat kau rasa kau lembik dan tak boleh survive kat negara orang, Allah bantu bawa kau keluar daripada belenggu masalah tu! Sekarang kau dah ada ijazah dah pun!
- "I used to be super stressed. Stressed over my studies. Stressed over my capabilities. I'm agitated and worried when I think about my future, about how can I find job, how do I make money... Everything. But I finally realized. If you worry, you suffer twice. It's going to happen anyways. So just follow the flow.
- "Perkara pertama yang manusia perlu lakukan ialah berdamai dengan dirinya sendiri. Dia perlu terima hakikat yang dirinya mempunyai keburukan. Dirinya tidak selalu hebat. Barulah dia akan mula berdamai dengan orang sekelilingnya. Barulah dia boleh membawa mesej damai kepada dunia. Islam itu bermaksud damai. Apabila kita dah berdamai dengan diri, kita akan berdamai dengan Tuhan.
- Hidup ini penuh dengan pilihan. Setiap pilihan ada yang baik dan buruk. Tiada pilihan yang lebih baik daripada pilihan yang lain. Semuanya bergantung kepada perspektif masing-masing. Jika kita Rasakan itu pilihan yang terbaik dan berguna buat kita, maka teruskanlah. Persetankan tanggapan manusia. Kita ada Tuhan yang menilai kita.
- "Kau nak tahu apa tandanya seseorang itu merupakan guru yang bagus, Teme? Dia dorong anak didik dia sampai anak didik dia tu jadi lagi hebat daripada dia."
- "Hadza min fadhli Rabbi... Ini ialah limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya"
Review
Honestly, buku ni memang buat aku sedar bahawa mempunyai kawan yang betul akan menjadikan hidup kita betul. Berkawan dengan orang yang salah akan membuatkan hidup kita merana. Carilah kawan yang sentiasa mengajak kita kearah kebaikan dan membetulkan kita bila kita salah. Buku ni sarat dengan nasihat kehidupan terutamanya kepada mereka yang belajar. Min bersyukur dapat baca buku ni before melangkah masuk ke alam degree. Tepat sangat timingnya Alhamdulillah. Buku ni bagi min sangat best sebab penulis selitkan unsur jenaka yang buat kita tergelak sambil baca😂. Jarang buku dakwah ada unsur macam ni kan? Min berharap dapat baca buku karya penulis yang sama lagi pada masa akan datang, insya-Allah. Recommended book! I'll give 9.5/10.
Comments
Post a Comment