BOOK REVIEW : Allah Sayang Kita by Rohamiah Muda
Assalamualaikum readers!💗
Harini jom review buku yang simple tapi bermanfaat untuk rohani kita <3
Front Page
Synopsis
What did I get from this book?
- Jika mahu jodoh yang baik, kita mesti menjadi orang baik terlebih dahulu. Insya-allah, Allah akan beri pasangan yang baik untuk kita.
- Sekiranya kamu telah serahkan cinta dan kasih kepada yang bukan halal, bimbang ketika hubungan kamu halal nanti, Allah cabut rasa cinta dan kasih kepada pasangan.
- Itulah Al-Quran. Ia sangat ajaib. Ia juga umpama magik, Al-Quran bukan seperti kita belajar ABC. Belajar sekali terus ingat dan pandai sampai mati. tetapi, Al-Quran mesti selalu mengaji. Jika kita tinggal, dia akan pergi. Jika Kita sentiasa bersamanya, ia boleh memberi seribu kebaikan kepada kita.
- Cara efektif untuk mencegah diri daripada perbuatan buruk adalah dengan banyak bersyukur dan mengingati kebaikan Allah SWT. Kita renungkan berapa banyak kebaikan yang telah kita terima setiap hari. Kita ingat satu demi satu nikmat yang tidak akan mampu Kita hitung selamanya. Sentiasalah bersyukur, bukan mengeluh.
- Rasulullah SAW bersabda:
- Kita boleh nilai diri kita sama ada kita ini umpama karipap angin atau tidak. Bagaimana? Setiap hari, kita hiasi diri kita dengan pakaian dan solekan yang cantik. Selagi tidak berpuas hati, selagi itulah kita menghadap cermin. Kenapa? supaya orang sekeliling memandang diri kita hebat, anggun dan cantik. Tetapi, kita lupa inti di dalam hati. Adakah kosong atau berisi? Jika di dalam hati penuh dengan inti takwa, Insya-Allah, perjalanan hidup kita akan tenang dan mudah. Namun, jika sebaliknya, perjalanan hidup kita akan punah. Jadi, marilah kita sama-sama penuhkan hati kita dengan inti takwa supaya orang yang melihat diri kita hebat fizikal dan rohani.
- Korban Cinta
- Nak makan, paksa diri untuk bekerja. Mahu berjaya, paksa diri untuk berusaha. Mahu senang, paksa diri supaya tidak duduk diam. Memang hakikat hidup di dunia adalah tempat berpenat. Syurga adalah tempat kita berehat.
- Hadis daripada Abu hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda:
- Allah Swt berfirman Dalam surah al-mukminun, ayat 1-2:
- "Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (daripada kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikit pun)." (Al-An'am 6:160)
- Daripada Saidina Anas bin Malik r.a. berkata, Nabi SAW bersabda:
- Sebagai seorang hamba Allah, kita perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah agar tetap di dalam hati. Allah SWT telah berjanji kepada seseorang yang berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hidayah akan diberikannya. Dan tidak mustahil seseorang dikurniakan hidayah jika ia telah melepasi sebab-sebab yang telah dinyatakan dalam al-Quran.
- Inilah situasi yang berlaku dalam dunia pendidikan di institusi Pengajian Tinggi pada hari ini. Seolah jasad mereka sahaja berada di kawasan IPT. Tetapi roh dan minda mereka tertumpu kepada skrin telefon.
- Jaga Hati
- Subhanallah.. Allah tidak beri ujian tanpa sebab. Bersabarlah dengan musibah. Sesuatu yang kita benci, mungkin lebih baik untuk membentuk diri. Sabarlah, kerana syurga itu indah.
- kawan, kadang kita terlalu utamakan jasad berbanding rohani. Sedangkan, yang utama adalah roh. Rohani sihat maka baiklah jasad. Inilah kesilapan kita, setiap hari badan dan fizikal kita diberi makanan yang enak dan sedap. Tetapi roh kita dibiarkan kelaparan. Setiap hari kita hias badan kita dengan baju dan hiasan yang cantik-cantik.Tetapi, dalam masa yang sama roh kita sedang sakit. Allahuakbar.
- Sabda Rasulullah SAW:
"Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa." (Riwayat at-Tirmizi)
- Memberi ketika kaya adalah biasa. Tetapi, memberi ketika susah adalah luar biasa.
Ditakdirkan Allah, selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan Sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh. Abdul Rahman bin Auf r.a. pun memborong semua kurma busuk milik Sahabat tadi dengan harga seperti kurma yang bagus. Subhanallah! Hebat!
Semua Sahabat bersyukur dan berterima kasih dengan tindakan Abdul Rahman bin Auf. Alhamdulillah, kurma yang dikhuatiri tidak laku, tiba-tiba laku keras! Diborong semuanya oleh Abdul Rahman bin Auf. Masya-Allah. Sahabat gembira. Abdul Rahman bin Auf r.a pun gembira. Sahabat lain gembira sebab kurma mereka habis terjual. Dan, Abdul Rahman bin Auf r.a. pula gembira sebab jatuh miskin! Abdul Rahman bin Auf r.a. berasa sangat lega, kerana beliau bakal masuk syurga dengan cepat, kerana beliau sudah miskin.
Namun, subhanallah tabarakallah. Perancangan Allah memang paling terbaik. Tiba-tiba, datang utusan dari Yaman membawa berita, Raja Yaman mencari kurma busuk. Rupa- rupanya, di Yaman sedang berjangkit wabak penyakit menular, dan ubat yang boleh menyembuhkannya adalah kurma busuk!
Apabila mengetahui Abdul Rahman bin Auf ada stok kurma busuk, utusan Raja Yaman ingin memborong semua kurma beliau dengan harga sepuluh kali ganda harga kurma biasa!
Allahuakbar.
Jadi, yang beri rezeki itu datangnya daripada kurma yang bagus atau kurma yang busuk? Allah SWT Maha Pemberi Rezeki. Takdir Allah berbeza dengan apa yang kita fikir. Rezeki bertambah dengan sedekah. Jadilah Abdul Rahman bin Auf seorang yang kaya semula. Bahkan, lebih kaya!
Kawan, ibrah daripada kisah ini sangat terkesan buat kita jika kita yakin bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah. Bukan kerana kita pandai, atau bukan kerana kerja bagus dan sebagainya.
Firman Allah SWT:
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi, dan kepada-Nyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia dan berserahlah kepada-Nya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Hud 11: 123)
- Pesanan saya, sandarkan setiap urusan kehidupan kita kepada Allah Taala. Dia-lah tempat kita bersandar, tempat kita bergantung segala harapan dan tempat kita mengadu segala masalah. Allah tidak pernah tinggal kita. Dia sayang kita. Dia sangat baik.
Review
Walaupun tajuk nampak simple, tapi content dalamnya cukup memberikan kesan dalam hati. Betullah, kita fikir rohani kita akan baik-baik sahaja bila fizikal kita baik, namun kedua-duanya perlu seimbang. Kita perlu menjaga kedua-duanya! Buku yang santai dan mudah difahami kerana penulis menggunakan contoh yang sangat dekat dengan kehidupan seharian kita. I'll give 9/10 !
Comments
Post a Comment