BOOK REVIEW : Qasidah buat Khadijah by Hana Ilhami :)

 Ana uhibbuki fillah (Aku mencintaimu kerana Allah) 

Fuhh.. dengar je statement tu terus rasa ONZ nak baca buku ni. HAHAHA . setuju tak?



Assalamualaikum wbt . readers💗
Harini aku nak review satu novel islamic-romance yg sgt sesuai utk semua lapisan umur. But  bare with me sebab this is my very first book review so any comment membina sgt dialu-alukan. Kita santai-santai ja ok?

Synopsis

MUHAMMAD: Mempunyai ilmu agama yang tinggi, ditambah dengan 30 juzuk al-Quran di dalam dada, bukanlah bermakna dia tak boleh jatuh cinta. Cinta itu milik setiap insan. Apa yang penting, iman dan takwa dijadikan sempadan agar tidak tersasar.

“Khadijah juga tak cantik.” – Zulaikha.

“Mempunyai al-Quran dalam dada, merupakan satu kelebihan yang tiada tandingannya. Tentu saja Khadijah lebih cantik dari segala-galanya mak cik. Itu sudah mencukupi bagi saya.” – Muhammad

Malangnya, pinangan ditolak dan gadis idamannya lari jauh ke Yaman.

KHADIJAH: Anak kedua kepada pasangan Zulaikha dan Yusuf itu merupakan seorang yang keras hati dan kuat memberontak. Segala kerenahnya membuatkan pasangan itu pening kepala. Namun begitu, otak Khadijah cerdas. Dia berjaya menamatkan hafazan al-Qurannya dalam tempoh yang jauh lebih pantas berbanding rakan-rakan madrasahnya yang lain.

“Abi nak ingatkan Khadijah, jangan sesekali buat hal dekat sini. Kalau Khadijah call aje umi atau abi kata nak balik, abi akan terus terima lamaran Muhammad.” – Yusuf.

Gara-gara pinangan Muhammad, Khadijah kini tercampak jauh di Tarim yang dikenali sebagai Bumi Seribu Wali. Tarim merupakan pusat ilmu dan pentarbiahan yang hebat. Namun bagi Khadijah, Tarim merupakan bumi tandus lagi mundur. Sudahlah pasar rayanya ala-ala Chow Kit dan tiada barangan berjenama, nak melayari Internet pun sebulan sekali saja dibenarkan. Merasakan dirinya terbuang, Khadijah nekad memutuskan hubungan dengan keluarga.

“Kita nak cari mamat Arab handsome kat sini. Lepas tu kita nak menetap terus kat Yaman. Kita tak nak balik Malaysia lagi dah.” – Khadijah. 

Demi menyatukan semula Khadijah dengan keluarganya, Muhammad melakukan sesuatu yang di luar pemikiran. Melalui Anggerik Desa, Muhammad dapat mengetahui segalanya tentang Khadijah. Khadijah memberitahu Anggerik Desa yang dia sudah jatuh cinta dengan seorang lelaki Yaman. Tampan dan berkerjaya sebagai doktor. Fikiran Muhammad semakin kacau apabila dia diminta menguruskan madrasah Pak Cik Sahar, iaitu sahabat baik bapanya, Tak hanya menjadi mudir, Pak Cik Sahar mahukan dia jadi menantu!

“Apa salahnya? Budak Aida tu tak lama lagi tamat belajar. Eloklah kalau kita masuk meminang sekarang. Habis saja hujung tahun ni, terus kita langsungkan perkahwinan mereka.” – Raof.

Perlukah Muhammad mencuba dan terus mencuba untuk mendapatkan Khadijah atau menjadi anak yang taat? Akan terdendangkah qasidah khas buat Khadijah?

what I particularly liked about the book?
Aku jenis yang tak suka baca novel tebal-tebal but what makes me read this 761 pages book? of course sebab jalan cerita dia menarik. Awal-awal baca memang bosan but semakin kau baca dia jadi makin best. 
Penulis dapat kembangkan watak dengan sangat baik, aku masih ingat watak Haikal yang menjadikan novel ni jadi lebih fun sebab dia bawa watak happy-go-lucky. Selain itu, dia juga jadi penyelamat kepada masalah hero buku ni iaitu Muhammad. Macam mana? korang kenelah baca buku ni😆 Buku ni aku berjaya  baca kurang daripada 24 jam😲
Part yang aku suka dalam buku ni adalah part Muhammad berjaya menjadi rakan maya kepada Khadijah. Tak sangka hero betul-betul serius mencintai heroin sampai sanggup mencipta fake account semata-mata mahu mengetahui perkembangannya di Yaman.
Watak heroin iaitu Khadijah, she is a bit problematic kemungkinan sebab dia dibesarkan di Australia. Dah pindah sekolah pun sikap dia tetap tak ngam dengan orang sekeliling. Mujurlah dia berjumpa dengan Tasneem di Darul Zahra' yang boleh dikatakan green flag in every friendship. 
Buku ni suntik banyak elemen islamic terutamanya dalam side percintaan, perkahwinan, persahabatan, sikap dengan ibu bapa, ilmu dan Al-Quran .

What I disliked about the book?

Macam aku mention sebelum ni, aku tak berapa suka baca novel sebab setiap penulis akan cerita every scene sedetail yang mungkin. Well sampai conversation khadijah dengan adiknya Fatimah aku maleh nak baca. Kalau boleh 5 page tula perbualan adik yg suka usik kakak dia😂. Conversation hero dengan heroin pula kurang huhuhu. Tapi, tula yang membuatkan novel ni unik, kita akan rindu dengan nikmat spend time with our own family.

What did I get from this book?
  1. Mendahulukan Allah dalam setiap hal adalah pilihan yang tepat
  2. Kawan yang baik adalah kawan yang cuba mengenalmu tanpa bersangka buruk
  3. setiap orang dibesarkan dengan cara berbeza. Oleh itu kita perlu jadi 'open-minded people' dan menerima pendapat org lain
  4. "Wanita biasanya dinikahi karena empat hal: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana parasnya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya (keislamannya), sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan rugi." (HR Muslim)
  5. "Sebesar-besar keaiban(keburukan) adalah kamu mengira keburukan org lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." -imam Syafie
  6. "Haram bagi seorang muslim utk tidak bertegur saudaranya melebihi 3 hari." Riwayat Muslim
  7. Berlumba-lumbalah mencari saham akhirat
  8. Jangan menabur janji tapi tak buat, Munafik!
  9. Tarim bumi seribu wali.(I wanna go here someday)
  10. Wanita itu mahal. Jadilah wanita yg exclusive.
  11. Setiap org x sempurna. Tapi ajaklah mereka dan diri ini sama-sama ke arah kebaikkan
  12. Sambunglah pelajaranmu sehingga ke menara gading walau di mana kau berada , fi sabilillah
  13. Jangan dekati zina! Ingat syaitan akan goda kita lebih teruk bila kita kuat agama, jangan hanyut
  14. Jadi anak yg taat, berdikari, bertanggungjawab
  15. Kita merancang Allah juga merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang😇
Book rating
9/10
Reccomended

Comments

Post a Comment