BOOK REVIEW : Memori Inara by Sara Aisha :)
Assalamualaikum wbt 💘 readers!
I'm back with another book review. Kalini kita akan review buku dari one of my favourite writers, Sara Aisha!
Synopsis
"I'm your husband"
Semuanya bermula dengan pengakuan itu. Aku tiba-tiba menjadi isteri kepada Gibran Lutfi, lelaki yang tidak pernah aku kenal seumur hidup aku. Kata mereka, kami pasangan cinta sejati. Sanggup mempertaruhkan nyawa demi satu sama lain. Kegilaan apa ini? Aku cuma ada tunang. Dan tunang itu bukanlah seorang Gibran Lutfi.
"Ara kehilangan memori empat tahun ini."
Hilang ingatan? Drama apa yang sedang mereka main? Aku tidak percaya! Tetapi sayang, itulah hakikatnya. Aku tidak ingat apa yang berlaku sejak empat tahun yang lalu. Kata mereka lagi, semuanya gara-gara sebuah kemalangan.
Namun...
Benarkah ada kemalangan yang berlaku? Kenapa aku seringkali dihantui mimpi-mimpi menakutkan? Kenapa aku seringkali mendengar suara-suara aneh? Dan juga, Kenapa aku selalu nampak dia berlumuran dengan darah?
"Aku nak kau mati."-Dia
"Darah dibayar dengan darah. Nyawa dibayar dengan nyawa."-Gibran
Semakin aku cari kebenaran, semakin aku buntu. Apatah lagi, bila hati mula berdetak aneh. Melihat lelaki itu sahaja, sudah mampu membuatkan aku senyum sendiri.
"How do you feel?"
"Macam orang kena kahwin paksa."
"Then, you will fall fall for me."
"Huh?"
"Dalam drama kahwin paksa, hero-heroin selalu ended up jatuh cinta dan live happily ever after, kan?"
Mampukah kami betul-betul live happily ever after, bila aku dikelilingi rahsia demi rahsia? Pembohongan demi pembohongan? Kata Gibran, demi melindungiku. Tetapi, daripada siapa? Apa yang sudah berlaku dalam empat tahun ini? Dan kenapa pula, ada tangan yang mahu mencabut nyawaku?
Review
Jalan cerita yang sangat menarik dan mature. Penulis berjaya menerangkan setiap scene dengan sangat baik. Contoh scene pergaduhan (macam nampak depan mata 😲). Setiap bab ada 'hook' yang membuatkan pembaca lebih bersemangat membaca 💪. Basically novel ni mainly pasal mencari balik memori inara yang hilang selama empat tahun. Adakah benar Inara hilang ingatan sebab kemalangan...agak mencurigakan😼
now aku nak cite pula pasal beberapa watak yang terlibat
1)Inara
Watak utama. Seorang yang kuat.
Inara tak lemah. Bila dia marah, kau akan mengejutkan naga yang ada dalam diri dia.-Gibran
seorang yg curious (mcm blog ni HAHA), Inara walaupun hilang ingatan but dia berusaha untuk dapat balik ingatan tu. go girl go!
2)Gibran
Suami Inara. Sangat mencintai Inara sampai sanggup korbankan apa sahaja yg dimiliki untuknya. Seorang pensyarah, ada phD (my opinion keje ni tak sesuai masuk dlm buku sbb mcm tibe HAHA. But bila kau dah habis baca baru kau fhm knp). Takdela serius sangat watak Gibran. Dia suka usik Inara hehe.
3)Mak Inara
CEO perusahaan baju rasanya (sorry couldn't recall exact name of the company). But anak dia pegang The Red Collection. What happen to her mom business? kene baca!
4)Muzaffar
Bekas tunang Inara. Pernah berkawan dengan Inara selama sepuluh tahun. Tiba-tiba waktu perkahwinan, dia tarik diri, taknak teruskan perkahwinan. why?? Is it because of Gibran??
5)Priya
kawan baik kepada Inara. Sangat supportive. Bawa watak happy-funny. Dialah yang datang dan menyuntik kembali semangat Inara untuk cari balik memori dia yang hilang. How can she help her??
6)'Dia'
Ada dalam kotak memori Inara selama empat tahun itu. Woah, who's her/him?
7)Rosman
Tukang kebun. Nantikan kemunculan dia pada klimaks!
8)Dr. Isabel
Bekerja dengan 'someone' dalam satu ujikaji. ujikaji apaa???
Ada beberapa watak aku tak masukkan seperti uncle rudy, Gina sebab takde line sgt dlm novel tu. Cuma terdapat banyak persoalan yang timbul..mengapa gibran tidak melaporkan bukti video keluarganya dib*nuh? Thrilling novel! Plotwist.Memang kene baca sampai habis.
Terus terang, di awal cerita berkisar hilang ingatan. Namun pada klimaksnya, beralih kepada bidang sains haha. Patutnya dah habis tapi nampaknya penulis berusaha memanjangkan cerita. Saya agak terkejut, tapi overall masuk akal je untuk dia sambung. Syabas atas kesungguhan penulis untuk jadikan cerita lebih menarik.
What did I get from this novel?
- Therapy is great for the mind, but travelling will do so much for the soul.
- Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage.
- "Travel and tell no one, live a true love story and tell no one, love happily and tell no one, people ruin beautiful things."-Khalil Gibran
- The mind might forget but the heart will not.
Book Rating
8/5
recommended💞
Comments
Post a Comment