Assalamualaikum Hi readers!💖
Harini saya nak review novel fiction dari Iman Publication. Tak sangka diorang pun publish buku melayu fiction sebab saya kenal Iman publication dengan buku-buku non-fiction bahasa English dan Melayu sahaja. Anyway saya tak sabar nak review buku ni sebab yes! Buku ni bagi saya lain daripada novel yang saya baca sebelum ni.
Front Page
Synopsis
So let's jump right into the review!
Review
Pertama sekali, kenapa saya berminat nak baca buku ni adalah disebabkan synopsis dia. Saya tak nafikan yang saya juga pernah melalui perasaan seperti tidak ada sesiapa yang menyayangi kita, rasa sedih dan kecewa. Mungkin buku ini sesuai untuk saya (kata hati). Tambahan pula, buku ini keluaran Iman Publication, semestinya banyak input dari side agama yang kita dapat.
Gaya penulisan buku sangat mudah difahami. Saya seakan-akan melihat novel ini bermain-main dikepala. Kenapa saya katakan yang buku ini lain daripada novel lain? Jika anda pembaca setia book review saya mesti anda tahu saya tidak minat membaca novel kerana penulis akan cuba menerangkan sesuatu scene dengan sedetail mungkin, sehingga saya muak membacanya. Tapi ia berbeza dengan novel ini. Sewaktu membacanya, saya merasakan setiap chapter penting dan tidak boleh terlepas baca (sampai begitu sekali ya😂). Saya teringat dengan sebuah buku yang saya baca sewaktu di Sekolah Menengah dulu berjudul Di Sebalik Dinara kerana gaya penulisannya bagi saya hampir sama, menarik dan simple.
Penulis juga berjaya menampilkan setiap karakter dengan baik. Saya suka dengan karakter Mawaddah Ilmi kerana walaupun telah melalui pelbagai peristiwa hitam dalam hidup, beliau tetap bangkit dan bertahan. Membaca kisah beliau membuatkan saya rasa sebak . Pada awal pembacaan, saya sangsi dengan karakter sakinah iaitu adik kepada Mawaddah, dia wujud ke tidak? Selain itu, saya amat benci spesies manusia macam Sahir, suka khianat dan sebarkan aib orang. Kalau kene pada dia balik padan muka! Begitu juga dengan karakter Ustaz Kamal, penunggang agama dan pedofilia, Astagfirullahaladzim, Naudzubillah Min Dzalik. Betullah orang kata, setiap cerita kene ada villain baru best kan? Begitu juga dengan hidup kita, mungkin kita tak sedar yang villain adalah diri kita sendiri. Itu lagi bahaya, semoga kita terus bertakwa kepada Allah supaya Allah memberi jalan keluar kepada kita.
Apa antara ayat yang aku rasa bermanfaat?
- Mengelakkan diri daripada konflik tidak akan selesaikan masalah
- Allah simpan rezeki kita sehingga tiba masanya
- Ibarat pesakit yang tidak tahu simptom dan tempat sakitnya, tetapi dia tahu dia sakit - bagaimana dia boleh menjelaskan kepada doktor supaya doktor dapat merawatnya? Dia rasa kekosongan, tetapi dia tidak tahu di mana dan apa sebabnya (relatable?)
- Memaafkan tidak boleh mengubah apa yang sudah terjadi tapi dengan memaafkan hati manusia boleh sembuh.
Akhir sekali, seteruk mana pun hidup kita, jangan sesekali lupa Allah. Bak kata orang putih, "Everything will be okay in the end. If it's not okay, it's not the end". Jangan pernah putus asa dalam hidup kerana setiap hari itu berbeza dan kita masih punya kesempatan untuk jadi lebih baik. Allah tak cipta makhluk dengan sia-sia, setiap makhluknya pasti ada peranan walaupun makhluk itu sekecil bakteria atau sebesar gajah. Sedih? Mengapa perlu sedih sedangkan nikmat yang Allah bagi tak terkira. Ada tangan, kaki, mata, boleh bercakap, mendengar, ada makanan, ada tempat tinggal dan the list goes on. Rasa tak ada orang yang sayang kita? If your parents still alive and so your family, trust me they love you more than anyone else. Even if you don't, you have yourself to love yourself. Also, Allah is with us and He love you so much! Banyak mana pun dosa kita, Allah bagi kempatan untuk bertaubat. Ingatlah, Allah tak kejam dengan hambanya. Banyak hikmah yang wujud di sebalik setiap musibah yang menimpa kita. Benar, bercakap itu mudah, namun didiklah diri untuk redha dan taat kepada Allah. Ayuh, sama-sama kita mengucap Alhamdullillah kepada Allah. Bersyukur akan menambahkan nikmat. Sedarilah bahawa kenikmatan dunia adalah permainan dan tipu daya semata-mata kerana akhirnya kita akan meninggalkan dunia satu hari nanti. Oleh itu, jangan berhenti buat baik dan kumpul pahala akhirat!
Recommended book! I'll give it 9/10.
Comments
Post a Comment